Kutipan GST diumum dalam Bajet 2016

on Oct 19, 2015


Kutipan GST diumum dalam Bajet 2016. Hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan diumum semasa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Berdasarkan pembentangan Bajet 2015 yang lalu, kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion.

Sebagai menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata,"Pelbagai barang dan perkhidmatan telah dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion".

Beliau juga berkata, pelbagai pakej bantuan telah diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, masing-masing sebanyak satu mata peratusan.   

Menjawab soalan tambahan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Chua berkata bagi tempoh April sehingga kini, kerajaan telah membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak RM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.

Katanya jumlah tuntutan cukai input yang difailkan oleh syarikat-syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja telah meningkat setiap bulan dan mencecah 41 peratus.

"Pada masa sekarang, terdapat juga yang salah mengisi borang. Namun begitu, Kerajaan tidak mengenakan kompaun kerana buat masa ini kita masih di peringkat untuk memberi bimbingan," katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar balik tuntutan yang dibuat oleh syarikat-syarikat terbabit.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Libur Sensasi All Rights Reserved