Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015. Setelah rakyat Malaysia menerima pelbagai dugaan tahun ni dengan perlaksanaan GST, harga petrol naik, jerebu, dan nilai ringgit jatuh, hari ini beberapa syarikat konsesi pula menaikkan kadar tol antara 20sen dan RM3 mulai 15 Oktober lepas.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya KL-K.Selangor (LATAR), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Baru Pantai (NPE), Maju Expressway (MEX), Sungai Besi (BESRAYA), KL-Karak (KLK), Kajang SILK, Guthrie, Grand Saga, dan LEKAS.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART) turut mengumumkan kenaikkan tol bagi Terowong Lebuhraya SMART kepada RM3.
Namun begitu, kadar tol bagi semua lebuhraya kendalian Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih dikekalkan pada harga sama. Antara lebuhraya PLUS adalah:
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
- Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Jambatan Pulau Pinang
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment