Juara Da'i Hilang Semangat, Bapa Sakit Tenat

on Oct 21, 2015


Juara Da'i hilang semangat, bapa sakit tenat. Juara Da'i musim ketiga iaitu Hamidah memberitahu ketika menyertai program berkenaan, semangatnya hampir hilang selepas mendapat khabar bapanya sakit tenat.

Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berkata, dia sentiasa terkenangkan keadaan bapanya sehingga menyebabkan fokus dia ketika bertanding terganggu.
"Secara jujurnya saya tidak pernah terfikir akan menjuarai pertandingan ini kerana fokus saya terganggu selepas mendapat tahu ayah sakit tenat.
"Bagaimanapun saya memuhasabah diri, saya masuk program ini bukan sahaja kerana ingin menimba ilmu dan berdakwah tetapi juga demi keluarga di kampung.
"Alhamdulillah semangat saya kembali dan gembira apabila keluarga termasuk ayah yang semakin pulih turut hadir menyaksikan persembahan saya pada peringkat akhir," katanya
Tiga peserta akhir Da'i (dari kiri), Fuad, Hamidah dan Hidayu

Bercerita mengenai perancangan masa hadapannya, Hamidah memberitahu dia menyimpan hasrat untuk bergelar penulis selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Aqidah.

"Saya memang minat untuk bergelar penulis sejak dari dahulu lagi kerana menerusi penulisan saya rasa lebih mudah untuk berdakwah dan berkongsi maklumat dengan cara santai dan mudah difahami.

"Bagaimanapun buat masa ini saya ingin kembali fokus kepada pengajian di universiti yang berbaki setahun lagi," katanya.

Tambah Hamidah, dia sangat teruja apabila mendapat hadiah kemenangan antaranya sebagai kolumnis selama enam bulan di Majalah-i.

"Peluang berkenaan saya akan gunakan untuk berkongsi ilmu selain mengasah bakat penulisan," katanya mengakhiri perbualan.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Libur Sensasi All Rights Reserved