"Tidak Mustahil Saya & Nedim Kahwin" - Nora Danish

on Oct 21, 2015


"Tidak mustahil saya dan Nedim kahwin" .Pelakon jelita, Nora Danish berkata, jangan terkejut jika dia dan bekas kekasihnya Nedim Nazri akan berkahwin walaupun hubungan mereka ketika ini hanyalah sekadar teman biasa.

Nora Danish Mohd Hanif atau lebih mesra dipanggil Nora, 33, berkata, hubungan cinta mereka adalah rumit dan kerana itulah mereka membuat keputusan berpisah sementara waktu untuk menyelesaikan beberapa masalah.

"Situasi kami sebenarnya sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.
"Sujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.
"Bagaimanapun saya harap orang ramai  jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," katanya .

Terdahulu Nora pernah mengeluarkan kenyataan hubungannya dengan Nedim, 34, sudah berakhir dengan persetujuan bersama.

Namun baru-baru ini telah menimbulkan kekeliruan kepada peminat mengenai status sebenar mereka apabila terdapat gambar mereka yang dirakamkan secara berasingan bersama Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair di Bali, Indonesia.

Sebagai menjelaskan tentang gambar-gambar  tersebut, Nora mengakui dia ke bandar pelancongan itu bersama Nedim dan rakan-rakan yang digelar De Morian Crew bagi menghadiri majlis hari jadi teman mereka.

"Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. 
"Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim.
"Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah," jelas Nora.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Libur Sensasi All Rights Reserved