Maria Farida nafi rampas suami orang. Sebelum ini telah menjadi viral pendedahan seorang wanita dikenali dengan nama Datin Karen Rahman yang mendakwa Maria Farida telah merampas suaminya serta menggunakan manderam untuk mencapai hasratnya.
Berikutan dakwaan itu, pelbagai tohmahan serta cacian telah dilemparkan kepada Maria dan ada yang melabelkan beliau sebagai punca keruntuhan rumah tangga orang lain.
Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Maria telah mendedahkan hal yang sebenar menerusi portal Mangga Online . Jelas Maria, kawan karibnya itu sudah lama bercerai dan sengaja mencetuskan kontroversi murahan seperti ini selepas Maria tarik diri daripada menjadi duta produk kecantikan milik wanita itu.
Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya pun hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu tidak lagi bergelar Datin.
Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri pada bekas suami dan anak-anaknya. Saya luahkan semua ini kepada Mangga Online kerana saya dah tak tahan kena hentam, dikritik dan diburukkan macam-macam cerita yang saya tidak buat.Masalah ini mula timbul apabila saya tarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan wanita itu . Saya sudah tarik diri sejak Ramadhan lalu dan tidak mahu terlibat lagi.
Datin Karen juga dikatakan ada berhutang dengan Maria dimana beliau tidak membayar khidmat pelakon itu sebagai duta seperti yang terkandung didalam kontrak.
Punca perkara ini terjadi kerana dia melanggar kontrak perjanjian iaitu perlu membayar saya sebanyak sepuluh peratus hasil produk. Saya jadi duta produk tersebut tak sampai setahun pun tetapi saya tidak dibayar mengikut syarat dan terma kontrak. Kalau ikutkan memang saya boleh ambil tindakan sebab dia dah langgar syarat kontrak tetapi saya diamkan sahaja memandangkan dia pernah menjadi kawan baik saya selama dua tahun.
Mungkin sejak itulah dia marah dan masa itu pula rumah tangganya sudah ada masalah. Saya dapat tahu dia dan suami bercerai selepas Hari Raya baru ini. Jadi, apakah kaitan saya dituduh hancurkan rumah tangga dia? Saya dah keluar daripada menjadi duta syarikatnya sejak Ramadan lagi.Tak betul kalau dia tuduh saya rampas dan hancurkan rumah tangga dia.
Maria juga mengharapkan orang ramai tidak mudah menuduh beliau yang bukan-bukan kerana beliau sama sekali tidak bersalah dan teraniaya.
Yang teraniaya sebenarnya adalah saya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Sekarang saya telah pasang bodyguard sebagai langkah untuk menjaga keselamatan.
Saya juga telah membuat beberapa laporan polis di samping sedang berurusan dengan pihak peguam untuk tindakan selanjutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya bukan perampas suami orang dan saya bukan penghancur rumah tangga wanita lain.
Diharapkan dengan penjelasan panjang lebar dari Maria ini, dapat memuaskan hati peminatnya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment