Justin Trudeau Perdana Menteri Kanada Yang Kacak

on Oct 22, 2015


Justin Trudeau Perdana Menteri Kanada yang kacak. Telah mencetuskan sensasi global apabila Justin Trudeau menjadi Perdana Menteri yang paling kacak dan muda di dunia. 

Beliau telah dilantik menjadi pemimpin negara Kanada selepas memenangi pilihan raya dengan menumbangkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri selama hampir 10 tahun.

Kemenangan yang tidak dijangkakan ini telah membuatkan anak bekas Perdana Menteri lagenda, Pierre Elliott Trudeau turut mengembalikan negara Kanada yang konservatif berpuluh tahun kembali menjadi liberal.

Untuk makluman, Trudeau mendapat pendidikan di Universiti McGill dan Universiti British Columbia sehingga memperolehi ijazah di dalam bidang pendidikan. Kemudian, menyara diri sebagai seorang guru sekolah.


Trudeau yang kini sedang menjadi sensasi global kerana kekacakkannya yang lebih menyerlah berbanding Perdana Menteri dunia lain merupakan seorang bapa kepada tiga orang kanak-kanak comel dan suami kepada Sophie Gregoire, seorang wartawan televisyen dan radio.

Beliau telah mendapat perhatian awam buat pertama kali sewaktu Trudeau menjadi jurucakap keluarga apabila adiknya Michel maut akibat runtuhan salji di British Columbia. Disusuli dengan ucapan di majlis pengebumian ayahnya yang disiarkan di kaca televisyen pada 2000.

Pernah membintangi filem “The Great War”, Trudeau memegang watak sebagai hero perang bernama Talbot Papineau yang mati di dalam Perang Passchendaele pada 2007. Ia mengenai penglibatan Kanada di dalam Perang Dunia Pertama.


Bercakap sebagai seorang Perdana Menteri Kanada yang baru, Trudeau berjanji akan memastikan rakyat Kanada yang kaya (mempunyai pendapatan lebih $200,000 setahun) akan dikenakan cukai yang tinggi dan dalam masa yang sama merendahkan cukai ke atas golongan kelas pertengahan.
Penggunaan marijuana juga akan dibenarkan di Kanada berikutan kos yang tinggi untuk menanganinya melalui penguatkuasaan undang-undang.
Trudeau berjanji akan menambahbaik sistem pengundian negara agar sistem pilihan raya menjadi lebih efektif dan akan turut mempertimbangkan pengudian secara atas talian.
Pendapatan negara akan digunakan untuk perbelanjaan infrastruktur bagi meningkatkan ekonomi negara kerana bagi Trudeau, polisi negara sekarang tidak membantu Kanada keluar dari masalah kemelesetan ekonomi.

Bajet 2016: Nilai BB1M Tidak Dikurangkan


Bajet 2016: Nilai BB1M tidak dikurangkan. Dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan nanti, Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak akan dikurangkan .
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hanya sistem pengagihan BB1M yang akan ditambah baik berikutan kementeriannya mengesan terdapat beberapa pihak telah menyalahgunakan baucer itu sebelum ini.
"Sama ada nilai BB1M akan ditambah atau sebaliknya Perdana Menteri akan putuskan (dalam Bajet 2016) tetapi saya rasa tidak akan dikurangkan cuma sistem pengedaran baucer itu akan diubah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tadbir Urus 1 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Multisistem petang Rabu.
Turut hadir dalam program itu adalah Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin dan Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.
Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM325 juta menerusi program BB1M dalam bajet sebelum ini, .
Datuk Seri Idris juga berharap agar sektor pendidikan tinggi akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
"Kita tahu bajet ini agak sukar untuk kerajaan dengan kejatuhan harga minyak, kejatuhan komoditi serta ekonomi yang agak tenat di seluruh dunia namun kita mengharapkan yang terbaik.
"Bagaimanapun apa dijanjikan oleh Perdana Menteri beliau akan cuba yang terbaik," katanya.

Amir Ukays Dibebaskan Miliki Pistol 'Tembak Cicak'


Amir Ukays dibebaskan miliki pistol "tembak cicak". Selepas ditahan polis pada Rabu lalu,Penyanyi Amir (Ukays) akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis atas tuduhan memiliki pistol.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.

Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diputuskan sama ada penyanyi tersebut perlu didakwa atau sebaliknya.

Terdahulu Amir atau nama sebenarnya  Mohd Amir Muhammad, 44, ditahan polis selepas dipercayai memilki senjata api pada kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pihak polis menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact’ dengan nombor siri 12L20520.

Amir ditahan ketika dia memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.

Dalam pada itu menerusi kenyataannya kepada sebuah portal berita, Amir  berkata pistol berkenaan adalah pistol mainan milik anaknya yang diletakkan di dalam kereta untuk kegunaan bagi menembak cicak.

Amir juga berkata dia sudah memaafkan pihak-pihak yang telah menyebarkan gambarnya ketika ditahan sehingga ia menjadi viral di laman sosial.

Selepas bogel di gunung, kini di pantai pula?


Selepas bogel di gunung, kini di pantai pula? Sedang viral sekarang di media sosial beberapa foto yang memaparkan pelancong asing didakwa dari China bergambar bogel di tepi pantai dipercayai di Sabah.

Dipercayai dirakam di Pulau Sibuan, Sabah baru-baru ini, foto tersebut memaparkan tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian mengadap kamera .

Memetik laporan BH online, Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya selepas menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu.

"Pihak polis akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.

"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam diluar negara, namun dimuatnaik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya.

Antara gambar lain yang turut tersebar ialah gambar tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.

Sebelum ini, beberapa pendaki pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebaik berjaya tiba di puncak pada pagi 30 Mei lepas dan insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.

Gambar Terbaru Anak Kedua Wawa Zainal dan Aeril Zafril Yang Comel

on Oct 21, 2015


Gambar terbaru anak kedua Wawa Zainal dan Aeril Zafril yang comel. Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka pada 18 Ogos lalu. terbaru, pasangan secocok itu telah berkongsikan beberapa keping gambar cahaya mata mereka di laman sosial media.

Melalui perkongsian gambar mereka di Instagram, bayi comel yang diberi nama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa oleh pasangan itu menjadi perhatian peminat yang rata-ratanya yang geram dengan kecomelannya. 
Semoga kelahiran cahaya mata baru ini  bakal membuatkan rezeki pasangan ini semakin melimpah di samping dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar anak kedua mereka untuk tatapan anda.




 
© Libur Sensasi All Rights Reserved