Ketika ditemui ketika majlis kesyukuran sempena kejayaannya di AJL 26 baru-baru ini, pelantun lagu Awan Nano ini memberitahu beliau bukan saja terkejut dengan penyebaran gambarnya dengan seorang gadis yang dikatakan punca hubungannya dengan adira AF putus, malah risau andai ada pihak yang tersinggung dengan penyebaran gambar tersebut.
“Dia bukan punca saya dan Adira putus.Saya terkejut dengan penyebaran gambar ini. Secara jujur, saya baru saja tahu tentang perkara ini semalam. Sebenarnya, kami dah lama kenal dan kami hanya kawan saja. Hubungan kami tak serius dan memang kami hanya sekadar kawan biasa saja,” ujar penyandang Juara AJL26 ketika ditemui di Hotel Hilton KL, malam tadi.
“Kalau boleh saya tak nak bercerita mengenai isu ini. Itu peribadi saya dan saya lebih suka untuk bercerita pasal karier. Ada benda yang saya boleh cerita dan kongsi dengan semua tapi ada juga benda yang peribadi buat saya.Saya tahu sebagai public figure, orang akan bercerita pasal saya. Saya anggap ini sebagai lumrah hidup sebagai anak seni. Tidak dinafikan gosip membangunkan seseorang artis, tapi bagi saya biarlah populariti dan karier diseimbangkan.”
“Saya pelik kenapa gambar saya dengan kawan-kawan yang lain tak keluar. Kawan saya juga terkejut dengan penyebaran gambar kami dan bertanyakan kepada saya macam mana cerita ini boleh tersebar. Bagi saya, isu ini sangat sensitif, mana tahu dia sudah ada teman lelaki, tak pasal-pasal saya kena belasah nanti,” ujar Hafiz seloroh.
“Buat masa ini, saya rasa saya nak fikir pasal diri saya dulu. Lebih baik saya sayang diri saya dulu. Andai ada apa-apa yang berlaku, insyaAllah saya akan beritahu kepada semua.”
Apa boleh buat...kalau sudah jodoh pasti tak kan kemana.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment