KRU tubuhkan KRU Academy ok!!!Kumpulan Trio adik beradik KRU melangkah setapak lagi dengan menubuhkan sebuah akademi.
Memilih Cyberjaya sebagai lokasi,KRU Academy merupakan teras baru perniagaan mereka yang bakal melatih tenaga kerja dalam bidang animasi dan kesan khas visual ini akan memulakan sesi pengajian pertama pada 2 Julai 2012.
"Kami akan mengambil seramai 30 hingga 70 pelajar sebagai permulaan. Selain itu lapan tenaga pengajar sepenuh masa akan ditempatkan di akademi ini selain beberapa tenaga pengajar sambilan dari MMU (Multimedia University).
"Sebelum kami mencari tempat lain sebagai kampus utama, buat masa ini kami akan menggunakan bangunan MSC Malaysia K-Workers Developement Centre di Cyberjaya sebagai tempat pembelajaran sesi pengajian. kami juga menyediakan tiga makmal untuk kemudahan pelajar di sini."
Norman juga menjelaskan, penubuhan KRU Academy itu bertujuan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang perfileman terutamanya animasi.Tenaga kerja yang bakal dilahirkan melalui akademi itu dijangka mampu untuk mengisi ruang kekosongan tenaga kerja di KRU Studios.
"Sekitar 200 permohonan telah pun kami terima untuk mengikuti pengajian di sini.Manakala pengambilan pelajar baru akan diadakan setiap Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun. Selain kampus dan makmal, asrama untuk pelajar juga akan disediakan," katanya.
"Untuk pengajian selama enam bulan itu yuran yang dikenakan adalah RM8,000 dan ianya adalah yang termurah yang ditawarkan di negara ini dan juga di luar negara.Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Jabatan Sumber Manusia akan dikeluarkan oleh KRU Academy kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian," jelas Norman.Tetamu kehormat pada majlis perasmian KRU Academy di Cyberjaya baru-baru ini iaitu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) turut mengagumi kejayaan KRU dalam membina empayarnya dalam industri seni. Tun M menyifatkan kejayaan KRU itu harus dijadikan contoh oleh semua pihak.
"Saya hairan bagaimana mereka boleh memulakan perniagaan dengan modal RM2,000 dan sekarang mencecah berjuta-juta ringgit.Bagi saya kejayaan KRU ini sesuatu yang ganjil."kata Tun M ketika ditemui pada majlis itu.KRU Academy juga telah melantik enam orang panel penasihat terdiri daripada Presiden & Pengarah Urusan Asia Pacific Motion Pictures Association, Michael C. Ellis dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Toon Boom Animation, Joan Vogelesang bagi memantapkan lagi operasinya.
Turut serta dalam panel itu ialah Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Kanan Rhythm & Blues Malaysia, Hasnul Hadi.
Norman memberitahu, enam panel itu diambil berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Mereka akan memberi pandangan dan tunjuk ajar bagi memastikan perjalanan operasi akademi itu berjalan dengan lancar berdasarkan keperluan semasa.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment