Selepas bogel di gunung, kini di pantai pula? Sedang viral sekarang di media sosial beberapa foto yang memaparkan pelancong asing didakwa dari China bergambar bogel di tepi pantai dipercayai di Sabah.
Dipercayai dirakam di Pulau Sibuan, Sabah baru-baru ini, foto tersebut memaparkan tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian mengadap kamera .
Memetik laporan BH online, Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya selepas menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu.

"Pihak polis akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam diluar negara, namun dimuatnaik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya.
Antara gambar lain yang turut tersebar ialah gambar tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.
Sebelum ini, beberapa pendaki pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebaik berjaya tiba di puncak pada pagi 30 Mei lepas dan insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment