Tawaran berlakon kepada Tasha Shila,Neelofa dan Anzalna bakal disekat ? Presiden Seniman,Zed Zaidi mendakwa tawaran berlakon buat Tasha Shila,Neelofa dan Anzalna akan disekat jika didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Seniman.
Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut mereka yang terlibat akan dipanggil untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis Malaysia.
“Semakin ramai dikalangan artis sekarang ini terutamanya artis baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.
“Pertelagahan diantara Tasha,Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru.Kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Oleh yang demikian pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa Disiplin Seniman dalam kadar secepat mungkin.
“Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, diharap akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,” jelas Zed Zaidi.
Dalam pada itu tambah Zed berkata, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan atau artis lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan satu-satu kemelut yang dihadapi.
“Buat masa ini pihak Seniman tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang sendiri kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
“Namun jika kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah kelak, pihak Seniman akan campur tangan untuk menyelesaikannya,” tambahnya lagi.
Pergaduhan antara ketiga-tiga artis ini di fahamkan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2011 lepas menerusi sebuah akhbar mingguan.
Hal itu menjadi semakin panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula tampil bersuara dengan mendakwa Neelofa suka memburukkannya di laman sosial facebook.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment