“ Sebenarnya, saya tak galakkan Anas berlakon. Bagi saya dia ada harapan yang cerah dalam dunia nyanyian. Tapi terpulang pada diri dia sendiri kerana itu semua hak dia. Saya yakin Anas tahu apa yang dia nak dan terserah pada Anas untuk tentukan perjalanan karier seni beliau “, akhiri bekas finalis One In A Million itu.
Pada awal pentas Mentor 6 yang lepas pasangan Mentor dan Protégé ini dilihat sebagai pencabar paling utama untuk bergelar juara Mentor 6. Namun begitu nasib tak menyebelahi mereka. Kemampuan Anas dan Faizal Tahir untuk menguasai pentas akhir Mentor 6 dinafikan 4 lagi kuasa wanita yang lain. Sekadar mendapat tempat ketiga, Anas membawa pulang wang tunai RM 10,000.
“ Perjalanan seni Anas masih panjang. Saya boleh ibaratkan Anas ini seperti di fasa seorang bayi bertatih dalam kitaran kehidupan manusia. Banyak lagi yang dia perlu belajar dan saya sendiri tak pernah berhenti belajar. Saya juga belajar banyak benda sepanjang saya berada bersama Anas “.Faizal menyifatkan Anas sebagai seorang yang kental dan kuat semangat apabila melihat semangat anak didiknya itu berlawan dengan sakit yang beliau alami. Walaupun Anas mengalami demam yang berpanjangan, Anas tetap bertahan demi memberikan persembahan yang cukup baik.
“ Semua orang boleh nampak semangat Anas di pentas tadi. Kalau ikutkan selepas Anas nyanyikan lagu kedua tadi suara dia dah makin terjejas tapi dia tetap teruskan perjuangan beliau “.Faizal Tahir berpendapat masa yang diberikan pihak produksi untuk membuat persiapan mungkin boleh dipanjangkan untuk Mentor musim akan datang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment