Umum sedia maklum kontroversi yang melanda Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).Tidak habis dengan kecaman dari pihak pembangkang, tiba pula giliran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menyatakan pendapatnya.Mantan Perdana Menteri Malaysia itu menasihatkan Datuk Seri Shahrizat agar jangan 'sayang kepada jawatan'.
LS pada mulanya tertanya-tanya juga apa maksud sebenar kata-kata Tun itu? Adakah Tun mahu Datuk Seri Shahrizat letak jawatan?
Namun,kata Bekas Perdana Menteri itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.
“Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur.Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur,” kata Tun Mahathir di Ipoh, kelmarin.
"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbulkan kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila sudah terlalu lama dan orang naik bosan, saya letak jawatan."
Semua kita dikurniakan akal,jadi kita fikirlah apa kebenaran disebalik kata-kata Tun Mahathir itu.Benar atau salah terpulang pada cara kita berfikir dan terjemahkannya.LS masih menanti jawapan balas dari Datuk Seri Shahrizat.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment